Tukar Nama Jalan Tak Ada Kaitan Dengan 'Agenda Melayu' - Semasa | mStar

Tukar Nama Jalan Tak Ada Kaitan Dengan 'Agenda Melayu'

khairy
Khairy Jamaluddin
PETALING JAYA : Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula lapan jalan utama di Kuala Lumpur dengan mengambil nama Yang di-Pertuan Agong terdahulu bukan menjadi sebahagian daripada 'agenda Melayu' kata, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Agong Ketua Negara untuk semua rakyat Malaysia. Kenapa nak kaitkan usaha menamakan jalan-jalan besar KL sempena nama-nama Agong dengan agenda Melayu?," soal Khairy di Twitter beliau, Selasa.

"Nama jalan ditukar atas penghormatan pada bekas Yang di-Pertuan Agong. Kabinet lulus beberapa bulan lepas. Takkan salah memberi penghormatan," katanya.

Khairy berkata jalan rayadi  Malaysia sebelum ini telah dinamakan semula tanpa berlaku sebarang kekecohan.

"Dulu Batu Road. Jadi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lama-lama orang terima. Tak ada masalah," katanya.


Khairy juga mengambil contoh Lebuh Sungai Pinang yang namanya ditukar kepada Persiaran Karpal Singh di Pulau Pinang baru-baru ini selepas kematian peguam terkemuka dan ahli politik Karpal Singh pada awal tahun ini.

Menurut DBKL , pemasangan papan tanda baru akan bermula Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo