suria

10 Kawasan Apron & Laluan Pesawat Di KLIA2 Dikenal Pasti Perlukan Penyelenggaraan

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali (lima kanan) pada majlis pecah tanah ibu pejabat global baharu AirAsia berhampiran dengan Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA2 di Sepang, Jumaat. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (lima dari kiri) bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, Azran Osman-Rani, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia, Datuk Aziz Bakar, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranum serta Pengurus Besar Kanan (Operasi) MAHB dan Datuk Azmi Murad (kanan). Bangunan korporat baharu syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu akan menempatkan pejabat korporat dan bahagian operasi AirAsia dan AirAsia X. -fotoBERNAMA
SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenal pasti 10 kawasan parkir dan laluan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang memerlukan penyelenggaraan.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata rancangan segera dan jangka panjang hingga 2016, akan dijalankan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan tidak mengganggu operasi syarikat penerbangan.

"Satu daripada 10 kawasan sudah diperbaiki. Kami sedang menyelenggara kawasan kedua. Kami melaksanakan satu persatu disebabkan tidak mahu mengganggu operasi syarikat penerbangan.

"Bagi penyelesaian jangka pendek, kami melakukannya pada asas harian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah ibu pejabat AirAsia di sini Jumaat.

Beliau berkata kawasan berair di parkir KLIA2 disebabkan rawatan tanah yang kurang berkesan.

Badlisham memberi jaminan bahawa KLIA2 selamat untuk digunakan.

"Pesawat selamat beroperasi di klia2," katanya dan menambah, MAHB sentiasa memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan projek itu kepada Kementerian Pengangkutan.
MAHB, Datuk Badlisham Ghazali

Artikel Lain