suria

Guan Eng Nafi Dakwaan Zahid Bahawa PPS Akan Diganti

Lim Guan Eng.
GEORGE TOWN: Dakwaan Kementerian Dalam Negeri bahawa kerajaan Pulau Pinang telah bersetuju untuk menggantikan Peronda Sukarela (PPS) kepada kepolisan komuniti, yang disokong sepenuhnya oleh pihak polis adalah tidak benar, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. 

Lim berkata dakwaan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis pelik kerana beliau tidak pernah bersetuju dengan apa jua cadangan. 

"Saya pernah mengadakan perbincangan dengan Zahid di bangunan Parlimen pad Rabu dan beliau  tidak pernah mengemukakan cadangan untuk menggantikan PPS kepada unit kepolisan komuniti. 

"Bagaimanapun, saya telah memberitahu beliau untuk mengemukakan cadangan berhubung perkara berkenaan kepada kami namun beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut," kata Lim pada sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri pada Khamis. 

Beliau menambah kerajaan negeri akan tetap membawa isu PPS ke mahkamah.  
PPS, Zahid Hamidi, Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain