suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Kedai Kek Didakwa Sokong Militan IS

SEPANG: Seorang pekerja kedai kek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan IS.

Mohammd Na'im Abd Rashid, 26, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu dengan cara memasuki Syria melalui penerbangan pesawat Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) ke Syria melalui Istanbul, Turki bagi manfaat kepada kumpulan tersebut.

Mohammad Na'im yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Perlepasan Antarabangsa, klia2, pada 28 Dis tahun lepas hingga 7 April tahun ini.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 130J kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tidak dibenarkan untuk dijamin dan memohon tarikh sebutan bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 15 Dis depan untuk sebutan kes.


IS, Syria, Militan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain