Hukuman Sebat-Mandatori Harus Dilaksanakan Ke Atas Ejen Haram Pati - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Hukuman Sebat-Mandatori Harus Dilaksanakan Ke Atas Ejen Haram Pati - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen haram yang membawa masuk pendatang tanpa izin (Pati) ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan memberi pengajaran kepada golongan itu yang sebelum ini dilihat tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

"Denda dan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah ini tidak setimpal. Oleh sebab itu, hukuman sebat secara mendatori mesti dibuat selain menambah kadar denda sedia ada bagi memastikan pesalah-pesalah ini serik melakukan kesalahan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan Program Ruang Bicara Bernama TV di sini malam Isnin.

Tambah beliau, hukuman serupa juga perlu dilaksanakan ke atas pengusaha-pengusaha mesin judi haram yang didapati masih berdegil untuk beroperasi setelah diserbu beberapa kali oleh penguat kuasa.

"Dengan pelaburan dan pendapatan yang diperoleh, pengusaha-pengusaha ini tidak kisah membayar sejumlah denda kepada penguat kuasa kerana dalam sehari mereka boleh mengaut keuntungan RM100,000 hingga RM200,000.

"Itu sebab saya rasakan hukuman sebat berkesan tetapi kemudian ia juga harus diikuti unsur-unsur pencegahan seperti mengasimilasikan kesedaran dalam kalangan rakyat pelbagai kategori," katanya.

Ditanya mengenai isu Cameron Highlands yang dibanjiri Pati, Ahmad Zahid berkata KDN akan menjejaki ejen-ejen yang membekal kumpulan tersebut sehingga ke lubang cacing.

Artikel Sebelum

Kolej, Universiti Tempatan Lubuk Ganja

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain