suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pengurus Didakwa Buat Tuntutan Palsu

SHAH ALAM: Seorang bekas Pengurus Pemasaran & Saluran SME, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM822,398 bagi kerja-kerja pemasangan kabel Unifi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.

Norazlina Shamsudin, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di antara April 2012 dan Januari 2013.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat TM MSC di Kompleks TM Cyberjaya antara 17 April 2012 dan 2 Januari 2013.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Noorazlina menyerahkan pasportnya sementara menunggu sebutan semula kesnya.

Mahkamah menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Lain