suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasuh Kanak-Kanak Di Rumah Wajib Daftar Dengan JKM

KUALA LUMPUR: Pengasuh atau suri rumah yang menerima upah menjaga antara empat dan sembilan orang kanak-kanak di kediaman sendiri, wajib mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM Arfan Sulaiman berkata kategori yang dikenali sebagai taman asuhan kanak-kanak (taska) di rumah ini perlu didaftarkan supaya JKM boleh mengawal selia perjalanan taska dan keselamatan kanak-kanak.

"Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308), pengasuh kanak-kanak terutama suri rumah yang menjaga antara empat dan sembilan anak-anak jiran mereka misalnya, perlu berdaftar dengan JKM.

"Jika pengasuh berdaftar dengan kita, JKM akan memberi latihan yang sewajarnya kepada mereka seperti Kursus Asas Permata Taska," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Menurut beliau, permohonan pendaftaran taska di rumah boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan bayaran sebanyak RM50 untuk tempoh lima tahun.

Sehingga Sept lepas, sebanyak 460 taska di rumah seluruh negara berdaftar dengan JKM dan ia dikendalikan 598 pengasuh melibatkan 2,701 kanak-kanak berusia bawah enam tahun.


JKM, Pengasuh

Artikel Lain