suria

Suspek Pukul Isteri Hingga Mati Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai memukul hingga mati isterinya telah diberkas di sebuah rumah di Persiaran Bekor, Buntong dekat Ipoh malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 malam oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bukit Aman.

"Dengan penangkapan itu, kita percaya telah berjaya menyelesaikan kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Kejadian berlaku Sabtu lepas apabila seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka dan badan dipercayai akibat dipukul di sebuah rumah di Taman Puchong Utama, Bukit Puchong, Selangor.

Sebelum kejadian, suspek dilapor telah menghantar kedua-dua anak lelakinya yang masing-masing berusia enam tahun dan dua bulan ke rumah ibunya yang terletak berhampiran.

Puchong, Bunuh

Artikel Lain