suria

Maktab Mahmud Nafi Klip Video Buli Babitkan Pelajarnya

ALOR SETAR: Sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh di sini menafikan bahawa pelajarnya terbabit dalam kes buli di mana klip video mengenai insiden itu telah menjadi viral di Facebook.

Jurucakap Hal Ehwal Pelajar Lembaga Maktab Mahmud Lukman Hassan berkata kejadian buli itu didakwa berlaku di sekolah berkenaan. 

"Kami mempunyai 12 Maktab Mahmud di Kedah, satu di setiap daerah.

"Selepas membuat beberapa pemeriksaan, kami mendapati bahawa pelajar-pelajar dalam klip video itu bukan dari sekolah kami berdasarkan pakaian mereka dan latar belakang asrama," katanya kepada The Star ketika dihubungi, Selasa.

Beliau menegaskan bahawa mereka tidak akan menyembunyikan fakta jika terbukti bahawa pelajar-pelajar mereka yang terbabit dalam kes itu. 

Polis Kedah masih menyiasat kes tersebut. 

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Walau bagaimanapun, tiada butir-butir di mana kejadian itu berlaku dan siapa yang terlibat dalam klip video tersebut yang telah dilihat 8,000 kali sejak ia dimuat naik oleh pengguna Zuraimi Ngah pada 2 November.
kes buli, Maktab Mahmud

Artikel Lain