suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Caiyok', Kata Peminat Chong Wei Di China

Datuk Lee Chong Wei
BEIJING: Peminat badminton di China berada di belakang Datuk Lee Chong Wei yang dikatakan terbabit dalam skandal doping.

Di platform microblogging China, Weibo, pengguna menyuarakan sokongan mereka kepada Chong Wei melalui akaun rasminya yang kali terakhir dikemaskini pada bulan Jun.

Pengguna, @cpuadsl mengulas: "Saya tidak percaya Chong Wei akan berbuat demikian. Ini mungkin satu salah faham. "

@shuxiansheng melahirkan keyakinannya terhadap pemain badminton berusia 32 tahun itu dan menyeru supaya beliau terus bermain.

Ramai yang mengucapkan kata-kata semangat kepada Chong Wei, meyakinkan beliau bahawa beliau tidak bersendirian.

Mereka menggunakan istilah Cina 'Jia you' (caiyok!) untuk mengingatkan Chong Wei supaya tidak menyerah kalah.

"Jia you! Saya akan minat anda seperti biasa walau apa pun! Harap anda dapat bangun kembali!," kata @tiantiantianlanhi 

"Jia you! Adalah satu keseronokan melihat anda memerangkap Lin Dan setiap kali perlawanan. Saya harap kami semua masih dapat melihat anda di kejohanan akan datang. Anda adalah yang terbaik," kata seorang lagi pengguna @Suiyuan - 999. 

"Lee Chong Wei, 'Jia you. Kami percayakan anda,"kata @heyiyilan.

Chong Wei, 32, dipercayai telah gagal ujian doping semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, pada bulan Ogos.

Beliau terbang ke Oslo, Norway, pada malam Isnin untuk mengetahui hasil sampel B beliau.

Artikel Lain