SPAD Kemuka Cadangan Naikkan Tambang Pengangkutan Awam - Semasa | mStar

SPAD Kemuka Cadangan Naikkan Tambang Pengangkutan Awam

Syed Hamid Albar.
JOHOR BARU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kadar tambang untuk pengangkutan awam.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kenaikan tambang adalah wajar.

"Kita faham masalah yang dihadapi syarikat pengangkutan awam dan bersetuju terdapat keperluan untuk menaikkan kadar tambang termasuk untuk teksi.

"Kajian semula mengenai kadar tambang baharu itu berada di peringkat akhir. Saya harap syarikat pengangkutan awam termasuk teksi boleh bersabar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Pemandu Lori Berat Johor di Galeri Pameran Truck Nation Malaysia Sdn Bhd, di sini, Ahad.

Syed Hamid berkata Kementerian Pengangkutan akan memutuskan mengenai cadangan tersebut.

Terdahulu, lebih 200 pemandu teksi yang membawa penumpang ke Singapura dijangka berdepan kerugian berikutan kenaikan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Pusat Pemeriksaan Woodlands.
SPAD , Syed Hamid Albar , teksi

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

14 ciri WhatsApp yang mungkin anda tak tahu

Model Playboy buah hati baharu Neymar