suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Malaysia: Pahang Isytihar Cuti Umum, Isnin

Pemain Pahang meraikan kejayaan menewaskan JDT menerusi penentuan penalti malam Sabtu.
KUANTAN: Kerajaan Pahang mengisytiharkan cuti umum pada Isnin bagi menghargai kejayaan pasukan bola sepak negeri itu pada aksi akhir Piala Malaysia, malam Sabtu.

"Pengumuman ini mengambil kira bahawa bola sepak adalah sukan rakyat dan menjadi juara bukanlah satu perkara yang boleh dicapai setiap tahun," kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu kenyataan pada Ahad.

Namun, Adnan berkata kesemua pegawai dan guru yang terlibat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu menjalankan tugas mereka seperti biasa.

"Semua pelajar yang terlibat perlu menduduki peperiksaan SPM," katanya.

Pahang mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.
Piala Malaysia, cuti umum, Pahang

Artikel Lain