suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Sempat Beritahu Ditikam Kekasih Sebelum Maut

KOTA KINABALU: Ungkapan terakhir seorang wanita sebelum menghembuskan nafas terakhir membantu menyelesaikan kes pembunuhan terhadap dirinya dengan kejam.

Mayat Hamida Laka, 29, ditemui di sebuah ladang kira-kira pukul 3.30 petang di Kampung Mesilau, Kundasang, selepas mangsa sempat memberitahu abangnya bahawa dia ditikam oleh teman lelakinya.

Mangsa meninggal dunia dua jam kemudian dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kira-kira pukul 6.40 petang selepas keluarga Hamida membuat laporan polis.

"Lelaki tersebut menafikan dia melakukan jenayah itu.

"Difahamkan motif kejadian didorong oleh sikap cemburu," katanya.

Hamida disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.10 petang dan mayatnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.


bunuh, Hamida Laka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain