suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Boleh Jadi PM - Dr M

Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada apa yang menghalang seorang wanita daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan tidak melarang wanita daripada memegang jawatan tertinggi itu.

Namun, dalam sebuah negara demokrasi, jumlah sokongan majoriti diambil kira.

"Jika seorang wanita boleh memenangi sokongan majoriti, saya yakin parti akan memilih beliau sebagai presiden dan presiden kemudiannya boleh dilantik menjadi Perdana Menteri," katanya pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama mengenai Wanita Pemimpin Masa Depan semasa majlis penutup Forum Wanita Luar Biasa 2014 pada Rabu.

Terdahulu, beliau berkata lebih ramai wanita dijangka mengambil peranan kepimpinan pada masa hadapan memandangkan sejumlah besar mereka melanjutkan pengajian ke universiti, dengan nisbah 70% wanita dan 30% lelaki.

wanita, PM, Tun Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain