suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

445, 839 Calon Duduki SPM Dari 3 November Hingga 4 Disember Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 455,839 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,655 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dari 3 November hingga 4 Disember ini.

Mereka terdiri daripada 400,351 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, seramai 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan dan 7,957 calon sekolah menengah agama negeri.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini seramai 12,066 lagi ialah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, 25,701 calon persendirian dan 1,523 calon sekolah menengah agama rakyat. 

Seramai 29,607 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar seperti dijadualkan.

Lembaga Peperiksaan menasihatkan semua calon SPM 2014 supaya merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh didapati menerusi laman web http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga dikehendaki membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Artikel Lain