suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muktadir Bersaudara Antara Enam Diburu Di Sabah

Muktadir bersaudara yang dikehendaki polis kerana terbabit kegiatan jenayah antara sempadan.
KOTA KINABALU: Polis memperhebatkan gerakan memburu enam lelaki termasuk Muktadir bersaudara yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kegiatan jenayah antara sempada di Sabah.

Kumpulan itu dipercayai kerap masuk dan keluar dari Sabah ke Filipina untuk kegiatan menculik dan jenyah lain sejak beberapa tahun lalu.

Mereka yang dikenal pasti itu adalah Badong, Ali@Brown, Nikson yang juga Muktadir bersaudara; Bocai@Komandar Black, Wahab dan Alex.

Tiga daripada enam lelaki yang diburu pasukan keselamatan di Sabah.

Komandar  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, kesemua mereka dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan komuniti di perairan timur Sabah.

"Mereka adalah rakyat tempatan dan sebab itu kita perlukan bantuan orang ramai di pantai timur Sabah untuk bekerjasama dengan polis bagi menyalurkan maklumat mengenai pergerakan kumpulan ini.

"Kami perlukan mereka untuk membantu sisatan polis berhubung kegiatan jenayah antara sempadan di sini," katanya pada Isnin.

Rashid berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan sumber risikan untuk mengesan keenam-enam lelaki berkenaan.

"Kami tidak pasti di mana mereka berada ketika ini, tetapi percaya mereka keluar dan masuk Sabah sepanjang masa," katanya.

Menurut sumber, Muktadir bersaudara dipercayai berpangkalan di kawasan perkampungan air di Pulau Sitangkai iaitu pulau berhampiran Tawi Tawi di perairan pantai timur Sabah.

Difahamkan, mereka pernah menetap di Semporna ketika bapa mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum menjadi lanun dan beroperasi di sekitara daerah itu dan juga selatan Filipina.


Muktadir, Sabah, Filipina

Artikel Lain