suria

Malaysia Antara 20 Negara Pilihan Ekspatriat

PETALING JAYA: Ekspatriat menyenaraikan Malaysia antara 20 negara yang menawarkan kos sara hidup dan penginapan berkualiti tinggi yang mampu milik.

Dalam kaji selidik ketujuh Expat Explorer yang dijalankan oleh YouGov melibatkan lebih 9,300 ekspatriat, Malaysia menduduki tempat ke-19 untuk kualiti hidup, kesejahteraan kewangan dan kemudahan menyara keluarga di luar negara dengan Switzerland, China dan Singapura tersenarai di kedudukan tiga teratas.

Responden di Malaysia berkata, kemudahan senang didapati(63%), kualiti yang lebih tinggi (54%) berbanding negara asal dan jauh lebih murah.

Utiliti adalah antara perkara yang paling menjimatkan dimana ekspatriat kini kurang berbelanja dalam bil utiliti mereka.

Berlaku perubahan budaya yang ketara di kalangan ekspatriat yang menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka, dengan lebih satu perempat (27%) ekspatriat yang berpangkalan di Malaysia pada tahun ini berasal dari United Kingdom.

Hampir separuh daripada ekspatriat di Malaysia (47%) berkata, mereka mendapati bahasa tempatan sukar.

Namun, lebih separuh (56%) ekspatriat yang menjadikan Malaysia kediaman mereka sanggup cuba mempelajari dan menggunakan bahasa tempatan walaupun ia agak sukar.

Sebanyak 57% menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara menarik yang mempunyai pelbagai budaya.

Kaji selidik yang dijalankan YouGov itu menyenaraikan Switzerland sebagai negara pertama yang digemari golongan ekspatriat yang inginkan gaya hidup yang berkualiti tinggi dan seimbang.

Berikut adalah negara yang disenaraikan mengikut ranking:

1. Switzerland

2. Singapura

3. China

4. Jerman

5. Bahrain

6. New Zealand

7. Thailand

8. Taiwan

9. India

10. Hong Kong

11. Kanada

12. Australia

13. Qatar

14. Oman

15. Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

16. Vietnam

17. Rusia

18. Jepun

19. Malaysia

20. Belgium


ekspatriat, Malaysia, YouGov

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain