suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sektor Awam Perlu Kaji Semula, Perhalusi Pendekatan Tadbir Urus - Muhyiddin

Muhyiddin (tengah) bersama Ali Hamsa dan delegasi yang menghadiri Persidangan Capam 2014 di Putrajaya, Ahad.
PUTRAJAYA: Untuk meningkatkan keberkesanannya, sektor awam perlu mengkaji semula dan memperhalusi pendekatan yang digunakan dalam tadbir urus dari semasa ke semasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau menegaskan bahawa aturan dan amalan tadbir urus yang berkesan adalah penting bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang mantap, lestari dan bertanggungjawab.

Kata beliau, ia juga akan membolehkan agensi perkhidmatan awam mencapai hasil terbaik bagi kerajaan, sejajar dengan keperluan perundangan dan dasar masing-masing.

"Di samping itu, mereka juga perlu memberi fokus terhadap prestasi yang meliputi kecekapan, keberkesanan dan penyampaian secara berterusan," kata beliau dalam ucaptama ketika merasmikan persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (Capam) 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Ahad.

Persidangan dwitahunan ini diadakan bersempena ulang tahun ke-20 Capam.

Muhyiddin berkata, untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam menyampaikan program serta perkhidmatan kepada rakyat, perkhidmatan awam perlu melakukan inovasi dan mengurus risiko dengan berkesan dalam menghadapi kekangan kewangan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain