suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Rebacca Tiba Khamis

BUTTERWORTH: Mayat pelajar Malaysia Rebecca Melissa Edward yang meninggal dunia disebabkan radang selaput otak (meningitis) akan dibawa pulang dari Newcastle pada Khamis selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa di England.


Pelajar jurusan undang-undang berusia 22 tahun dari Kolej Brickfields Asia itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Oktober lalu selepas demam dan muntah.

Mendiang baru empat minggu tiba di Newcastle untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bapa mendiang, Edward M John berkata, pihaknya berhadapan beberapa masalah birokrasi sebelum mendapat kebenaran untuk membawa pulang anaknya untuk upacara pengebumian.

"Mayat Rebecca dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi sebelum dibawa ke rumah neneknya di Taman Selayang Baru, Batu Caves," katanya.

Beliau berterima kasih atas kerjasama pihak Hospital Diraja Victoria, Dr Alistair Gascoigne, Levi Pay dari Universiti Northumbria Newcastle dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang membantu urusan berkenaan.

Katanya lagi, upacara sembahyang dan penghormatan terakhir akan diadakan pada pukul 11 pagi Jumaat di Gereja St James, Jalan Ipoh, Sentul sebelum Rebecca dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Klang.








Artikel Lain