suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Tahan 2 Rakyat Malaysia Cuba Seludup Rokok

SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia ditahan dalam kejadian berasingan kerana cuba menyeludup 7,999 kartun rokok ke republik ini melalui pintu masuk darat di Tuas dan Woodlands.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Imigresen dan Pihak Berkuasa Pintu Masuk (ICA) berkata kejadian pertama berlaku pada 4.15 petang 8 Okt apabila seorang lelaki berumur 32 tahun dikenakan pemeriksaan biasa oleh pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Lelaki itu memandu lori didaftarkan di Malaysia yang diisytihar membawa pakaian dan kertas termal.

Ketika membuat pemeriksaan terhadap lori berkenaan, pegawai ICA terjumpa beberapa kartun rokok yang cukainya tidak dijelaskan.

Kemudian, lebih banyak rokok ditemukan diisi di dalam kotak, menjadikan jumlah nilai rokok yang tidak dijelaskan cukai itu sebanyak S$533,000.

Di Pusat Pemeriksaan Woodlands pula, pegawai ICA menjumpai 2,999 kartun rokok seludup yang disembunyikan di dalam bekas sayur-sayuran di dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia.

Rokok seludup itu dijumpai apabila pegawai ICA menjalankan pemeriksan menyeluruh terhadap lori berkenaan yang tiba di situ pada 6.25 pagi 9 Oktober.

Rokok tidak dijelaskan cukai itu dianggar bernilai S$319,700.

seludup rokok

Artikel Lain