suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Akan Pastikan Bekalan Air Bersih Kepada Semua - Azmin

HULU KELANG: Kerajaan Persekutuan perlu mendedahkan maklumat perjanjian penstrukturan semula air di Selangor kepada orang ramai, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

"Rakyat Selangor terjejas teruk dengan pelan catuan air dan saya akan memastikan bekalan air bersih kepada semua," katanya.

Azmin juga menegaskan salah satu fokus utamanya apabila dilantik sebagai menteri besar adalah untuk memastikan rakyat Selangor tidak mengalami gangguan bekalan air.

Beliau berkata, MoU yang ditandatangani oleh bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan Persekutuan perlu didedahkan kepada umum.

"Malah, saya turut menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan meminta mereka mendedahkan butiran MoU dan Ketua-Ketua Perjanjian," katanya.

"Maklumat mengenai perjanjian itu buat masa ini dilindungi dibawah Akta Rahsia Rasmi," katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran yang diadakan di Kemesah Heights, Hulu Kelang.

Artikel Lain