suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cadang Mansuh SJKC: Polis Akan Siasat Pemimpin Umno

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KLANG: Polis akan menyiasat laporan yang dibuat terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad kerana didakwa mencadangkan pemansuhan sekolah-sekolah vernakular, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kami tidak mengamalkan pendakwaan terpilih kerana setiap kali laporan dikemukakan, ia menjadi tanggungjawab kami untuk menyiasat tanpa mengira siapa orang itu," katanya kepada pemberita selepas melawat I-City, Rabu.

Khalid menambah, pihak berkuasa juga akan merakamkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan kenyataan perkauman yang didakwa dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor.

"Kami akan menyiasat dan kenyataan akan dirakam. Tinggalkan kepada kami tentang bagaimana untuk menjalankan siasatan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain