suria

Pelajar Malaysia Di Tamil Nadu Diminta Tidak Keluar Dari Kampus

Jayaram Jayalalitha

NEW DELHI: Pelajar Malaysia di negeri Tamil Nadu, selatan India dinasihat supaya tidak keluar dari kawasan kampus kerana keputusan rayuan bekas Ketua Menteri Tamil Nadu J.Jayalalitha di Mahkamah Rayuan Bangalore,Karnataka, akan diketahui pada Selasa.

"Dari sumber yang diterima jika sekiranya keputusan rayuan tidak menyebelahi beliau, penyokong akan membuat rusuhan besar-besaran," kata Konsul (Pendidikan & Latihan) Malaysia di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.

Tunjuk perasaan dan rusuhan tercetus selepas J.Jayalalithaa, 66, didapati bersalah, pada September 27 atas tuduhan mengumpul kekayaan melebihi kemampuannya.

Dia dihukum penjara empat tahun dan didenda Rs100 crore (AS$16.30 juta).

"Mohon semua pelajar berwaspada dan jauhi tempat-tempat berisiko seperti Central Station (Chennai) dan sebagainya," kata Annie mengumumkan melalui saluran rasmi dan media sosial.

Beliau juga menasihatkan pelajar untuk mengelak berada di kawasan orang ramai berkumpul.

"Elok duduk sahaja di kawasan kampus universiti buat sementara. Jika sedang berada di Tamil Nadu, tinggal di rumah dahulu," katanya.

Terdapat kira-kira 5,000 pelajar Malaysia di selatan India dengan 900 daripada mereka berada di Tamil Nadu.

Tamil Nadu, J.Jayalalitha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain