suria

Dua Asrama Kolej Lagenda Terbakar

NILAI: Dua asrama di tingkat tiga Kolej Legenda Mantin, dekat sini musnah dalam kebakaran pada Isnin malam.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Abd Razak Abd Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.04 malam dan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami tiba di lokasi pada 7.09 malam dan melihat api sedang marak di tingkat tiga di kedua-dua rumah asrama itu," katanya.

Menurut Abdul Razak, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan dipadam sepenuhnya pada 7.49 malam.

Katanya pemeriksaan mendapati sebuah daripada asrama itu musnah 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus terbakar.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kedua-dua asrama itu tidak berpenghuni ketika kejadian, katanya.

"Kebakaran didapati berpunca daripada api sampah di dalam bangunan tersebut. Kerugian dianggarkan RM300,000," katanya.

Kolej Lagenda, Mantin, Nilai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain