suria

Rakyat Perlu Kuasai Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris

Tun Dr Mahathir.
KOTA BAHARU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata penguasaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan matematik dalam kalangan rakyat penting untuk mengelakkan negara daripada ketinggalan dalam bidang yang semakin berkembang itu.
 
"Kalau kita nak ilmu terutama dalam bidang sains dan Matematik kita mesti guna bahasa Inggeris kerana kebanyakan ilmu adalah dalam bahasa ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Wadi Sofea College (WaSC) di sini, Khamis.
 
"Kita akan jadi bangsa yang tidak mampu mencipta apa-apa jika gagal menguasai ilmu sains dan matematik yang kebanyakan ilmunya adalah dalam bahasa Inggeris," katanya lagi.

Mahathir berkata terdapat banyak kaedah yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Wadi Sofea College Datuk Hassan Harun.
Sains, Matematik, Bahasa Inggeris

Artikel Lain