Hidup 'Lebih Tenang' Tanpa Alvin - Vivian - Semasa | mStar

Hidup 'Lebih Tenang' Tanpa Alvin - Vivian

Vivian Lee
PETALING JAYA: Kehidupan Vivian Lee, bekas teman wanita kepada blogger seks Alvin Tan, sebenarnya 'lebih aman dan tenang' dalam tempoh tiga bulan sejak lelaki berusia 26 tahun itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS).

"Kami banyak bergaduh. Kebanyakan pergaduhan berpunca daripada perkara-perkara kecil," kata Vivian, 25.

Vivian, dalam mesej Facebook kepada The Star Online berkata dia kini menganggap hubungan mereka secara rasmi telah terputus sejak kehilangan Alvin yang melarikan diri ke AS. 

"Oleh kerana dia sah berada di Amerika Syarikat dan telah terputus semua komunikasi dengan saya, saya anggap kami telah putus secara rasmi. Saya masih rindukan dia sekali-sekala, tetapi saya fikir saya perlu melepaskannya," kata Vivian.

Katanya, tidak dapat berpisah dengan Alvin dengan cara yang matang dan 'mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang baik' adalah salah satu daripada perkara yang dikesali, sambil menambah banyak yang telah dipelajari daripada Alvin yang dianggap 'seorang lelaki menawan'.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya untuk masa kami bersama, yang baik dan buruk. Saya bersyukur kerana orang ramai lebih berminat dengan dia, yang membolehkan saya meneruskan hidup tanpa perhatian yang amat nyata," kata Vivian.

Dia berkata fokus semasa Alvin dalam membuat kenyataan politik dan mencabar pihak berkuasa telah membuatkan kerjasamanya dengan lelaki itu sebelum ini dalam blog seks 'Sumptuous Erotica' yang tidak lagi berfungsi dan saluran YouTUbe 'Sexcussions with Alvivi' 'seolah-olah tidak penting'.

"Mereka membuatkan nama saya menjadi sebutan sebelum ini, tetapi sekarang saya berpuas hati menjalani kehidupan yang tenang dan mudah," kata Vivian yang bekerja di sebuah pejabat, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog seks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'ucapan Ramadan' yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas.

Alvin gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu. 

Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin dan tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000. 

Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California.
Alvin Tan , Vivian Lee

Artikel Sebelum

Seorang Maut Kren Tumbang Di Genting Highlands

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain