suria

SPRM Sahkan Ahli Politik Sabah Ditahan Atas Dakwaan Rasuah

Mohd Jamidan Abdullah.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang ahli politik dari Sabah berhubung dakwaan rasuah melibatkan bayaran pampasan terhadap pemilik tanah di negeri tersebut.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, ahli politik itu ditahan pada Jumaat lalu selepas tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.

Ini bertentangan dengan laporan terdahulu yang memberitahu bahawa ahli politik itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

"Kami masih melakukan siasatan terhadap individu tersebut dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan dia terlibat menerima rasuah membabitkan bayaran pampasan terhadap pemilik tanah di negeri itu.

"Sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, individu tersebut dibebaskan," kata Jamidan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, sebuah akhbar di Sabah melaporkan seorang pemimpin Umno Sabah ditahan berkaitan dakwaan Pecah Amanah (CBT) membabitkan wang sebanyak RM300 juta.

Menurut akhbar tersebut, ahli politik berkenaan adalah bekas Timbalan Pengerusi di sebuah agensi kerajaan dan salah seorang daripada 25 ketua bahagian Umno di negeri itu.
SPRM, ahli politik Umno, Sabah, rasuah

Artikel Lain