suria

NGO Gesa PAS Selesai 'Masalah Kesepakatan' Dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) menyarankan agar PAS bertindak serta-merta atau keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka tidak mahu memperbaiki konsensus dalam pakatan pembangkang.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

Kaunselor Lensa, Ekhsan Bukharee berkata mereka perlu berbuat demikian bagi mewujudkan suatu 'tempoh bertenang' untuk semua parti dalam Pakatan Rakyat memperbaiki konsensus masing-masing. 

Beliau berkata jika ini berterusan, masyarakat akan perlahan-lahan hilang kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Saya juga ingin menggesa PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu ke atas ahli termasuk pemimpin yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan perpaduan Pakatan Rakyat. Jika mereka berbuat demikian, saya yakin kepercayaan terhadap PAS dapat dikembalikan.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, maka Lensa ingin mencadangkan PAS supaya menarik diri daripada Pakatan Rakyat," kata Ekhsan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa.

Ekhsan bersama dengan empat anggota Lensa yang lain menyerahkan surat yang ditujukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap peranan parti dalam Pakatan Rakyat.

Surat itu telah diserahkan kepada Pegawai Komunikasi Pusat Media PAS Mohd Shahir Abu Hassan.

Menurut Shahir, surat itu akan diserahkan kepada pemimpin-pemimpin parti semasa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada minggu kedua bulan Oktober, atau selewat-lewatnya pada 12 Oktober.

Lensa juga akan menyerahkan surat kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat tetapi sebelum berbuat demikian, mereka perlu menyelidik dan mendapatkan fakta-fakta yang betul.

"Sejak langkah Kajang diilhamkan, kami mengkritik PKR tetapi PAS tidak boleh membuat keputusan dan kerana itu, krisis menteri besar terseret selama lima bulan. Jika mereka membuat keputusan yang cepat, isu ini boleh diselesaikan.

"Mereka yang tidak konsisten dengan kenyataan mereka. Kami mengemukakan surat ini kerana kami mahu PAS tahu apa yang mereka lakukan. Bagi PKR dan DAP, kita akan berbincang tetapi kita akan bertemu dengan mereka," kata pengarah komunikasi Lensa Syukri Razab
Lensda, PAS, konsensus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain