suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MASwings Gantung Laluan Kuching-Bandar Seri Begawan

KOTA KINABALU: MASwings menggantung operasi penerbangan dari Kuching ke Bandar Seri Begawan melalui Mulu berkuat kuasa 26 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Ritzerwan Rashid berkata keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi berterusan syarikat penerbangan tersebut.

Katanya, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kota Kinabalu itu akan memberi tumpuan untuk mengembangkan laluan domestik yang merupakan pasaran utamanya.

Syarikat tersebut menghentikan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa ke Selatan Filipina pada 1 September lalu.

"MASwings sentiasa mengkaji strategi rangkaian untuk memenuhi kehendak pasaran dan menyokong pertumbuhan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

"MASwing juga komited untuk menjadi syarikat penerbangan pilihan pertama penumpang untuk sampai ke destinasi di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, menyediakan perkhidmatan mengikut kehendak pasaran amat penting," kata Kapten Ritzerwan.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain