suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imam Besar Masjidilharam Puji Disiplin Jemaah Malaysia

Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudays

MAKKAH: Sikap jemaah haji Malaysia yang sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan semasa mengerjakan ibadah haji mendapat pujian daripada Imam Besar Masjidilharam Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudays.

Abdul Rahman, yang juga Pengerusi Fatwa Majlis Ulama Arab Saudi turut memuji pengurusan jemaah haji Malaysia oleh Tabung Haji.

Beliau berkata demikian kepada lima wakil media Malaysia yang diketuai oleh Pengurus Ibadah Haji Makkah Shahrul Azam Noor Zeli yang membuat kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Masjidilharam di sini selepas solat Jumaat.

Kunjungan wakil media itu diatur oleh Mohamad Nurul Hafiz, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai penterjemah khutbah Jumaat Masjidilharam ke dalam Bahasa Melayu.

Mohamad Nurul, 30, dari Besut, Terengganu merupakan pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura di sini.

Sebelum itu, wakil media turut dibawa melihat proses menterjemah khutbah Jumaat ke Bahasa Melayu oleh seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Aswandi Ali, dari Marang, Terengganu.

Terjemahan khutbah ke dalam Bahasa Melayu itu boleh didengar menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi melalui frekuensi FM.

Pentadbiran Masjidilharam memulakan program menterjemah khutbah Jumaat ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Perancis dan Urdu pada Mac lepas berdasarkan jumlah jemaah paling ramai dalam keempat-empat bahasa itu.


Masjidilharam, Tabung Haji

Artikel Lain