suria

Lelaki Culik Teman Wanita Di Sekolah Ditahan

Gambar hiasan.
KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang bertindak menculik teman wanitanya dari sebuah sekolah sebelum mengasari mangsa di Likas dekat sini.

Ketua Polis Kota Kinabalu Supritendan M Chandra berkata, lelaki tersebut menunggu gadis berusia 17 tahun itu turun dari bas sekolahnya kira-kira pukul 6 pagi Jumaat dan mengekorinya ke dalam kawasan sekolah dengan kereta.

Lelaki itu kemudiannya memaksa gadis itu masuk ke dalam kereta dan memandu kira-kira 100 meter ke kawasan perumahan berdekatan dengan niat untuk meyakinkan gadis itu supaya tidak menamatkan hubungan mereka.

Apabila gadis itu menolak, suspek menumbuk dan menampar mangsa di pipi kanannya.

Ketika lelaki itu cuba mendapatkan sesuatu dari tempat duduk belakang, gadis itu berjaya membuka pintu kereta dan melarikan diri ke sekolah.

Lelaki itu memasuki kawasan sekolah semula untuk menggembalikan beg gadis tersebut sebelum berlalu pergi.

Gadis itu kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Lelaki itu ditahan ketika dia pergi menyerah diri di Balai Polis Kota Kinabalu.
culik, teman wanita, Likas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Exco Selangor Angkat Sumpah

Artikel Lain