suria

Najib Ucap Tahniah Kepada Nicol, Wee Wern

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David atas kejayaan merangkul pingat emas kedua negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan. 

Nicol memenangi emas individu kelimanya dalam lima kempen sukan itu sejak 1998 selepas menewaskan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 pada perlawanan akhir skuasy individu wanita pada Selasa.

Perdana Menteri dalam tweet itu turut mengucapkan tahniah kepada Wee Wern, yang memenangi pingat perak kedua untuk kontinjen Malaysia. 

"Syabas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern kerana memberikan kita pingat emas serta perak. Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa. #Incheon2014," katanya. 

Lima pingat emas yang digondol Nicol pada temasya itu membuktikan beliau adalah pemain skuasy paling berjaya dalam sejarah Sukan Asia.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain