suria

14 Pati Ditahan Di Perairan Pulau Mataking

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 14 pendatang tanpa izin (PATI) ketika cuba masuk ke daerah ini dalam dua operasi di perairan Pulau Mataking, Ahad.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata operasi pertama menyaksikan penahanan enam lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 16 hingga 55 tahun selepas bot pam yang mereka naiki ditahan pukul 3.50 petang.

Beliau berkata operasi kedua menyaksikan penahanan lima lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, yang berusia lingkungan dua hingga 43 tahun, selepas bot pam yang mereka naiki ditahan pukul 4 petang.

Pemeriksaan mendapati kesemua PATI tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohamad juga berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan operasi ditumpu di kawasan perairan berkenaan yang dikenal pasti sebagai antara laluan digunakan PATI untuk masuk ke daerah ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain