suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerakan Kumpulan Bawa Keluar Sabah Berbahaya - Abdul Rahim

Abdul Rahim Bakri.
KOTA KINABALU: Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menyifatkan tindakan individu-individu tertentu yang cuba memisahkan Sabah daripada Malaysia sebagai kumpulan berbahaya.

Beliau berkata kumpulan ini boleh merosakkan masa depan negeri Sabah dan rakyatnya yang selama ini telah menikmati keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.
 
"Mereka yang cuba membangkitkan sentimen pemisah mungkin tidak memahami sejarah dan kompleksiti negara dan hanya sedap mulut menghasut rakyat khususnya mereka yang tidak ada kefahaman," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.

Abdul Rahim, yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, berkata kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak mengikut lunas undang-undang yang sedia ada demi menjaga keutuhan dan kedaulatan negara.

Beliau percaya kumpulan berkenaan adalah kumpulan minoriti namun jika kerajaan tidak mengambil sebarang langkah dan tindakan ia akan membawa kepada suasana yang lebih rumit.

Katanya Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana kumpulan pemisah dan mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan gerakan kumpulan berkenaan.

gerakan, Sabah

Artikel Lain