Zahid Beri Amaran Tegas Cubaan Bawa Keluar Sabah, Sarawak Dari Malaysia - Semasa | mStar

Zahid Beri Amaran Tegas Cubaan Bawa Keluar Sabah, Sarawak Dari Malaysia

Ahmad Zahid Hamidi.
LUMUT: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap beberapa individu termasuk mereka yang menetapkan di luar negara serta ahli politik yang cuba menghasut untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.

Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap mereka yang telah dikenal pasti dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan.

Beliau berkata ada dalam kalangan individu terbabit bersekongkol dengan kesultanan yang tidak wujud lagi dengan dijanjikan jawatan tertentu jika meletakkan Sabah dan Sarawak di bawah kesultanan itu.
 
"Saya minta mereka hentikan perbuatan itu sebelum mereka menanggung akibatnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Lumut di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata individu dalam kumpulan kecil ini mengambil peluang memperbesar-besarkan isu itu dan menghasut rakyat kedua-dua negeri itu.
 
Beliau berkata Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan sama sekali tidak timbul soal kolonialisme baharu.
 
"Mereka (kedua-dua negeri) tahu dari segi peruntukan, pendapatan yang diperolehi mereka adalah kecil berbanding dengan peruntukan yang datang dari peringkat persekutuan," katanya.

Jelasnya, pungutan suara atau 'referendum' oleh Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia telah di disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia masih berkuat kuasa hingga sekarang.
Zahid Hamidi , Sabah , Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain