suria

Jaim Tahan Ketua Ajaran Sesat Pak Engku

Rahimin Bani menunjukkan logo dan simbol yang akan dimusnahkan yang digunakan oleh kumpulan ajaran sesat mirip Hakikat Insan yang beroperasi di sebuah rumah di Kampung Batu Gajah Pasir Merlimau di Jasin, Rabu. Terdahulu Jaim menahan tiga lelaki masing-masing berusia 26, 51, dan 54 tahun termasuk ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dan isteri serta anak perempuannya dalam serbuan yang dilakukan pada Isnin. - Foto BERNAMA

JASIN: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan seorang lelaki berusia 53 tahun dikenali sebagai Pak Engku, dipercayai ketua ajaran sesat iaitu mirip ajaran Hakikat Insan yang wujud di negara ini sejak 10 tahun lalu.

Sebuah akhbar pada Rabu melaporkan tiga lelaki berusia 26, 51, dan 54 tahun serta ketua kumpulan itu, isteri dan anak perempuannya.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, siasatan awal juga mendapati kebanyakan pengikut ajaran sesat itu berasal dari luar Melaka dan seramai 20 orang akan terlibat dalam sesuatu upacara. 

Menurutnya berkata, ketua ajaran sesat yang dikenali sebagai Pak Engku atau Wak, 53, mengakui bahawa beliau adalah Imam Mahdi dan Sultan Mahmud dalam kalangan pengikutnya.

Beberapa lelaki yang berasal dari Batu Pahat  turut mengetuai pelbagai amalan termasuk melakukan pemujaan dengan menggunakan telur ayam, susu lembu, pulut kuning yang dialas dengan kain merah untuk dipersembahkan kepada mahluk halus.

Beliau berkata, beberapa amalan lain seperti puasa pemutih dan mandi suci turut dijalankan kumpulan itu selain pengikutnya tidak perlu bersembahyang kerana dikatakan sebagai jelmaan Allah.

Rahimin berkata, pihaknya juga menjumpai dua pil perangsang seks dan merampas pelbagai peralatan termasuk keris lama, buku catatan, botol dan tong berisi air yang dilabel dengan nama para nabi, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemujaan.

Beliau berkata, semua yang ditahan Jaim juga diarah melakukan pemulihan akidah melalui lafaz syahadah dan merampas peralatan kumpulan itu dan memusnahkannya bagi menghentikan kegiatan mereka.

Katanya, ketua kumpulan itu telah dibebaskan manakala isterinya yang berusia 60 tahun dan merupakan warganegara Singapura diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana mempunyai visa tamat tempoh sejak dua tahun lepas.

Siasatan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 60 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka kerana menyebarkan ajaran salah, Seksyen 61 enakmen sama kerana mempersendakan agama Islam dan Seksyen 48 enakmen sama kerana melakukan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.




ajaran sesat, hakikat insan, Jaim

Artikel Lain