Remaja Malaysia Penunggang Terbaik Dunia - Semasa | mStar

Remaja Malaysia Penunggang Terbaik Dunia

Aseef mengibarkan Jalur Gemilang sebaik menamatkan acara Endurance di Normandy, Perancis.
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia mencipta sejarah sebagai antara penunggang kuda terbaik pada acara sukan berprestij, Kejohanan Ekuestrian Dunia FEI Alltech.

Berusia 17 tahun, Mohd T Aseef Abdul Mutalib, yang juga peserta paling muda di kalangan penunggang dari 72 negara itu berjaya menamatkan saingan kategori Ujian Ketahanan (Endurance) pada kedudukan ke 27 pada kejohanan yang berlangsung di Normandy, Perancis itu.

Kejohanan yang bermula pada 23 Ogos dan berakhir Ahad ini menarik penyertaan hampir 1,000 penunggang terbaik dunia membabitkan tujuh acara yang disenaraikan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).

Pencapaian Mohd T Aseef adalah momen membanggakan bagi pasukan Malaysia, lebih-lebih lagi remaja itu mengenakan kelengkapan menunggang termasuk topi keledar dan baju dengan warna Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera negara ketika menunggang kudanya, Eldina Kungfu, sebaik selesai tunggangan sejauh 160 kilomter dalam tempoh lebih 10 jam pada 23 Ogos.

Aseef yang mula menunggang sejak empat tahun lalu berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaiannya pada kejohanan itu.

"Saya juga gembira kerana berjaya mencapai matlamat untuk menjadi Penunggang Muda Elite Dunia," katanya kepada Sunday Star menerusi perbualan telefon dari Normandy.

Pelajar Penang Free School berharap dapat mewakili negara pada Sukan SEA, selain Kejohanan Junior Endurance Dunia 2015 di Chile dan Piala Endurance Dunia di Dubai tahun depan.

Mengimpikan untuk menjadi antara 10 penunggang terbaik dunia, pelajar itu memperuntukkan dua jam pada sebelah petang, tiga hari seminggu untuk menunggang dan juga berbasikal bagi kekal cergas.

Bermula dengan sukan golf pada usia tujuh tahun, Aseef mengambil keputusan bertukar kepada sukan berkuda pada usia 13 tahun selepas teruja melihat ayahnya, Abdul Mutalib Ismail yang aktif menyertai kejohanan endurance di dalam dan luar negara.

Abdul Mutalib, 48, mengendalikan Kelab Endurance Al-Khamsa di Kelab Belia Pulau Pinang.


Artikel Sebelum

MH17: Pasukan Khas Polis Ke Ukraine Isnin

Artikel Berikut

Anak Saya Pandai Berenang - Ibu Jerome

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis