suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Pasukan Khas Polis Ke Ukraine Isnin

Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke Ukraine bagi menyambung semula siasatan di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selepas puak pemisah dan tentera di negara itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya berkata, kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Mereka akan disusuli sepasukan 50 pegawai dan anggota lain, kata Khalid.

Pada Sabtu, media antarabangsa melaporkan tentera Ukraine dan puak pemisah pro Rusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus.

"Seluruh warga PDRM mendoakan mereka semua selamat dan berjaya dalam tugas," katanya.

Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine. 


Ukraine, polis

Artikel Lain