suria

Krisis MB Selangor: Nik Nazmi Mahu Hadi Tarik Balik Kenyataan Terhadap Wan Azizah

Nik Nazmi Nik Ahmad
KLANG: Ketua Angkatan Muda Keadilan mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya melabel Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak layak dan tidak berupaya mentadbir kerajaan Selangor.

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu sedangkan Dr Wan Azizah menerajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1998 selain dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 2008 di mana ia turut mendapat sokongan Hadi.

"Selepas PAS mengadakan pertemuan berasingan susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di mana kedua-dua pihak bersetuju menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, jadi adalah tidak sesuai untuk Hadi mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau (Dr Wan Azizah) tidak mampu," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu juga mahu Hadi menghormati keputusan yang dibuat pada mesyuarat Pas Pusat dan Majlis Pimpinan Pakatan.

Tambah beliau lagi, kenyataan Hadi juga bagaikan menguji kesepakatan dan jalinan kerjasama antara PAS dengan gabungan parti dalam Pakatan Rakyat.

Dalam ceramahnya di Terengganu, Hadi berkata, Dr Wan Azizah tidak memenuhi kriteria untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar Selangor.

Hadi turut mempersoalkan kepemimpinan Dr Wan Azizah sambil berkata, beliau tidak ada keupayaan untuk berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.












Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain