suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Sambut Baik Gencatan Senjata Israel-Palestin

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Palestin pada 26 Ogos, yang diusahakan Mesir sebagai orang tengah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia berharap perjanjian itu akan membolehkan Israel dan Palestin meneruskan rundingan secara langsung ke arah menjamin wujudnya keamanan berkekalan di rantau itu.

"Kami berharap gencatan senjata jangka panjang ini akan merintis jalan kepada rundingan bagi mencapai satu penyelesaian berkekalan terhadap sengketa Israel-Palestin," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Menurut Anifah, Malaysia sentiasa berpendapat keganasan bukanlah jawapan bagi apa jua konflik, sebaliknya keamanan hanya dapat dicapai melalui rundingan dan diplomasi.

Lebih 2,100 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, termasuk 495 kanak-kanak, terbunuh di Gaza akibat serangan Israel yang bermula 8 Julai.


Palestin, Malaysia

Artikel Lain