suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri Berlian RM1.4 Juta Di Bukit Bintang Ditahan

Suspek yang mencuri berlian di Bukit Bintang pada 14 ogos lalu.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.

Pengurus Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di  Bahnhofstrasse untuk mencuri berlian di sebuah kedai di situ.

Suspek dipercayai warga Taiwan itu pada mulan berkunjung ke tiga buah kedai dan menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.

Bagaimanapun semasa berada di kedai ketiga, kedua-duanya telah ditahan oleh polis berikutan gelagat mereka yang mencurigakan.

Menurutnya, seorang daripada dua suspek merupakan perancang utama dan dikenali sebagai Meng.

Jelasnya, identiti itu dikenalpasti menerusi cap jari yang diambil ketika suspek ditahan pada 2012.

"Mereka (suspek) sangat terkejut (ketika ditahan).

"Sekarang polis daripada beberapa negara seperti Malaysia, Switzerland, Jerman, Belgium, Britain dan Bahrin sedang berkerjasama,"  katanya sambil menambah Meng, 46, mempunyai waran tangkap dari Bahrin.

Penjenayah profesional dalam mencuri berlian dan emas itu didakwa telah melarikan barangan berharga di Bukit Bintang pada 14 Ogos lalu.

Mereka juga dipercayai menggunakan beberapa pasport untuk memasuki setiap negara bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Malaysia, Polis, Switzerland

Artikel Lain