Salah Guna Kuasa: Bekas Anggota Majlis MPSJ Dipenjara Tiga Tahun - Semasa | mStar

Salah Guna Kuasa: Bekas Anggota Majlis MPSJ Dipenjara Tiga Tahun

SHAH ALAM: Seorang bekas anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, empat tahun lalu.


Hakim M Bakri Abd Majid memerintahkan Hamdan Ismail, 51, yang juga anggota PKR menjalani hukuman setahun penjara lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan pertama, Hamdan dipenjara tiga tahun dan denda RM100,000 kerana menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kelulusan bagi syarikat milik anaknya Yuwafee Heidi, iaitu Alam Muhibbah Enterprise, untuk melaksanakan kerja membina bonggol di Jalan LEP 6 dan Jalan PP1 serta baik pulih jalan di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan, pada harga RM19,790.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dipenjara setahun setelah didapati bersalah menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 bertarikh 3 Disember 2009 yang palsu, sebagai tulen.

Beliau didakwa melakukan kesalahan pertama di pejabat MPSJ di Subang Jaya pada Februari 2010 (tiada tarikh) dan kesalahan kedua di Bahagian Khidmat Komuniti Kompleks 3C, MPSJ Subang Jaya pada 3 Disember 2010.

Hakim M Bakri mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak serta membenarkan permohonan peguam bela Ahmad Nizam Hamid agar pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara satu notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum 2 September.

Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pembelaan yang memanggil tiga orang saksi termasuk tertuduh dalam penghujahannya lebih besifat penafian semata-mata.

Hamdan yang menjalankan perniagaan sendiri telah membayar denda tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Sukri Seman.

MPSJ , salah guna kuasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia