suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calon MB: PAS Selangor Akan Adakan Perbincangan Dalaman

Iskandar Samad
SHAH ALAM: PAS Selangor akan mengadakan perbincangan dalaman berhubung senarai nama calon menteri besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad berkata buat masa ini pihaknya berpegang kepada pendirian kepimpinan tertinggi parti yang memutuskan untuk meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

"Perkara itu kita akan bincang di peringkat dalaman nanti. Namun, keputusannya (calon Menteri Besar) PAS Pusat akan tentukannya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. 

Iskandar yang juga anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) turut menyangkal dakwaan bahawa beliau merupakan antara calon menteri besar Selangor selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Setakat ini tiada perbincangan mencalonkan mana-mana Exco atau Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PAS sebagai menteri besar...sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya akan diputuskan oleh PAS Pusat," katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan semalam menegaskan parti itu hanya akan mencadangkan Adun daripada PKR sebagai calon menteri besar Selangor.

Menurut Mustafa, PAS akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum 3 September ini
PAS Pusat, Iskandar Samad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain