suria

MH370: Kerajaan Bangunkan Laman Web Khas Untuk Salur Maklumat Terkini

Jailani Johari
CANBERRA: Maklumat terkini mengenai usaha carian berterusan penerbangan MH370 yang hilang kini boleh diperolehi di laman web rasmi yang dibangunkan baru-baru ini untuk tujuan tersebut.

Laman web ini diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akan menyediakan maklumat dan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai carian.

"Ia merupakan portal rasmi bagi semua berita berkaitan MH370. Kami akan memuat naik foto, berita dan maklumat lain di laman web ini," kata timbalan menterinya Datuk Jailani Johari.

Beliau juga berkata kementerian sedang berusaha memasukkan ciri yang akan membolehkan orang ramai menghantar soalan dan maklum balas mengenai laman web ini. 

"Kami mahu memastikan aliran maklumat adalah lancar. Ini bagi mencegah dan menghalang sebarang khabar angin daripada tersebar sama ada melalui internet atau medium lain," katanya. 

Laman web ini boleh diakses di www.mh370.gov.my

Artikel Lain