suria

Kemerdekaan Dikecapi Sejak 57 Tahun Perlu Dipertahankan

KINABATANGAN: Kepimpinan enam Perdana Menteri dalam membangunkan negara sehingga mampu mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi sejak 57 tahun lalu perlu dipertahankan sampai bila-bila.

Menegaskan demikian, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata tugas mempertahankan kedaulatan negara bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata sebaliknya seluruh rakyat perlu berganding bahu bagi memastikan nikmat kemerdekaan negara terus kekal.

Katanya, sungguhpun negara dibebani pelbagai dugaan termasuk mendapat ancaman dalang dalam negara, rakyat seharusnya memberi kerjasama kepada kerajaan secara berterusan agar perpaduan dan keamanan negara terus kekal.

"Dalam mengekalkan perpaduan dan keamanan negara, golongan belia juga perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing," katanya pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kinabatangan di sini, Rabu.

Sebanyak 57 kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan dan perseorangan menyertai konvoi tersebut.
Merdeka 57

Artikel Lain