suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Blogger Seks Tidak Berada Di Singapura - Laporan

SINGAPURA: Blogger seks dari Malaysia, Alvin Tan kini menjadi buruan selepas dia tidak mematuhi syarat ikat jamin.

Namun, bertentangan dengan laporan media, The Straits Times difahamkan bahawa dia kini tidak berada di Singapura.

Peguam Tan, Chong Joo Tian berkata anak guamnya sepatutnya menyerahkan kembali pasportnya kepada polis Malaysia pada 3 Jun, selepas membuat perjalanan di sini pada bulan Mei untuk menfilemkan dokumentari.

Walau bagaimanapun, percubaan untuk mencari lelaki berusia 25 tahun itu sejak Jun lalu tidak berjaya, Joo Tian memberitahu The Straits Times.

Pasangannya Vivian Lee, yang turut diwakili oleh Joo Tian, juga tidak mengetahui di mana dia berada.

"Ibunya cuba menghubunginya, kami juga cuba menghubunginya, tetapi telefon bimbitnya dimatikan, dan kita masih tidak tahu di mana dia sekarang," kata Chong.

Interpol kini sedang memburu blogger seks ini untuk untuk dia kembali ke Malaysia dan menghadapi perbicaraan beberapa tuduhan terhadapnya.
Alvin Tan, blogger seks

Artikel Lain