suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Bunuh Rakan Senegara: Empat Warga Myanmar Berdepan Hukuman Mati

KULAIJAYA: Empat warga Myanmar berhadapan dengan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh rakan mereka yang mayatnya dikerat kepada lima bahagian bulan lepas.

Mereka yang dituduh dikenali sebagai Haji Ismail, 30, Mohd Hassan Ali, 29, Myo Myint, 28, dan Shaib Othman, 18.

Kesemua mereka didakwa bersama-sama membunuh Thet Lwin, 28, di rumah tidak bernombor MLO 621-1, Kampung Sri Paya, Kelapa Sawit antara 9 malam 29 Julai lepas hingga 11.20 pagi 1 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Ariffin di hadapan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Ahmad Farid menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes serta melantik jurubahasa bagi warga Myanmar itu.

Pada 1 Ogos lepas, seorang pekerja Projek Penyelenggaran Lebuhraya (Propel) menemui mayat mangsa dalam dua beg plastik hitam di kawasan parit di KM 24.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Kira-kira 24 jam selepas mayat mangsa itu ditemui, polis telah menahan empat lelaki warga Myanmar terbabit.



Myanmar, bunuh, Kampung Sri Paya

Artikel Lain