suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Selangor: Khalid Letak Jawatan

Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai menteri besar Selangor, pada Selasa kepada tuanku Sultan Selangor.

Beliau menyembah mohon itu ketika menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, petang Selasa.

Bagaimanapun, Tuanku Sultan menangguhkan permohonan Khalid itu.


"Pejabat Sultan Selangor telah menerima saya menghadap untuk memaklumkan mengenai hasrat untuk meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.

"Namun baginda menangguhkan peletakan jawatan saya sehingga pelantikan menteri besar yang baharu ditentukan bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri  berjalan lancar dan teratur," kata Khalid lagi.




Artikel Berikut

Artikel Lain