suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu MB Selangor: Sultan Titah Kemuka Lebih Dua Nama

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.


Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah supaya lebih daripada dua nama dicadangkan itu bertujuan memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan eksekutif berkenaan.

"Sebagaimana yang diperentukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu, Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan.

Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan menteri besar Selangor yang baharu ditentukan.

PR sebelum ini sebulat suara mengemukan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.

Artikel Lain