suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Khas Bawa Jenazah Mangsa Nahas MH17 Selamat Tiba

Anggota ATM menurunkan keranda jenazah mangsa nahas pesawat MH17.

SEPANG: Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.55 pagi Jumaat.

Kesemua keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang diturunkan dari pesawat khas itu oleh anggota  Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pesawat khas yang menggunakan kod penerbangan MH6129 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam kira-kira pul 9.40 malam Khamis waktu Malaysia.

Pesawat jenis Boeing 747 itu diterbangkan oleh tiga juruterbang kanan MAS, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pembantu juruterbang, Yap Koon Keong.


MH17, MAS, jenazah

Artikel Lain